Sunday, 4 December 2011

Validity and Reliability

Validity & Reliability">

BLOG RUBRIC


OUTCOME
ASSESSED
Weak
Average
Good

Very good

Excellent

0
1-4
5-7
8-9
10
Regularity
No blog update
Does not have records and work up to date. Blog are disorganized and do not reflect what was done in class.
Entries often respect deadlines but some have been recorded afterwards.
Entries in the blog were made respecting deadlines.
Entries were made in the blog on the same day class was given or exposure to language occurred.
Organization and Vocabulary
Organization of blog not properly and the vocabulary use is very poor and not suitable
Text lacks organization, and vocabulary is poor and there is a lot of repetition. Simple sentence patterns
Some organization is present but some no smooth transition between one sentence or the other. Vocabulary not appropriate at times.
Text is generally organized
Text is uniformly organized
Engaged Writing
The text use in the blog use very worst
Blog entries use incorrect grammar, making it difficult for others to follow. No links are included connecting your thoughts to those of others.
Blog entries demonstrate some evidence of correct spelling, grammar, punctuation, etc. Audience will have little trouble reading your blog. An occasional link is included.
Blog entries show a good command of Standard English. No problems for your audience. Most blog entries include links.
Blog entries show a very good command of Standard English and have some flair and originality. Blog entries may contain multiple links.
Overall Use of Blogs
Blog entries very least
Blog entries are few and generally simple retellings of personal events. No comments are made on blogs of others.
Almost all required blog entries and comments have been completed.
Five blog entries and five comments are submitted, though not all of them may give evidence of a substantial contribution.
Five blog entries and five comments are submitted, all of which are substantial. Beyond the required five, your blog includes many more reflections.
Creativity
No any decoration and the blog arrangement is not interesting
Have few decoration such as head picture but the arrangement still not good
Have a decoration and slightly nice arrangement but the decoration is same for the whole blog from the top to the bottom of the blog
Have both but the text font use is not suitable but have a good decoration and arrangement of blog
Totally perfect with interesting and attracting blog

CURRENT ISSUE ON PPSMI


Malaysia Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin which is also our Education Minister had stated that the government will not backtrack on its decision to do away with the teaching of Science and Mathematics in English.  Both of the subjects will continue to be taught in English until 2015, where the final batch of the students has completed their secondary education. There are several NGO groups such as Parents Action Group for Education Malaysia (PAGE) that stand against this decision and want parents and students to have freedom in choosing language to study Science and Mathematics.


From my opinion, I think it is very important for our country to have stability regarding this issue. The instability and changes in education policies give great impact on the students. Their future lies on the policies that have been made by the government.



 PPSMI policy was initiated by our former prime minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad in 2003 and was implemented in phases, beginning with year one, form one, and lower six students.

Tuesday, 29 November 2011

Misconception

  Identify as many as possible the misconceptions that exist from  your group’s topic.
  For each misconception, describe its true science

  Misconception
The cause of Misconception
The true science
Pure metal are strong and hard
 In daily life,student experience       the metal hard when they touch them.
Pure metals are weak and soft because their atoms are of the same size and arranged closely to form layer of atom
 Most kitchen utensils are made of  pure metals
 At home, student  always consider the utensils of the kitchen as metals as they does not know the properties of alloy
Most kitchen utensils are made of alloy because alloy are harder and more resistant to rusts
A superconductor alloy can   operate at room temperature
They assume the fiber optics is a superconductor because fiber optics can operate at room temperature
A superconductor alloy can only operate at low temperature
The Haber process produce ammonium salt
They think Nitrogen and Hydrogen bond together to form ion.
 Haber process produce Ammonia





Sunday, 16 October 2011

Aktiviti 1 (PBM)


Ciri-ciri PBM yang Menjadikannya Sebagai Satu Pendekatan Inkuiri


PBM mengandungi ciri-ciri seperti :

a)Proses membentuk persoalan
b)Mencari,menyusun dan menilai maklumat
c)Menyiasat sesuatu persoalan dengan menjana hipotesis
d)Mereka bentuk eksperimen dalam  mencari dan mengumpul bahan
e)Mengumpul, menganalisis dan mensintesis data
f)Menghurai dapatan dan kesimpulan



Berdasarkan Pengalaman,PBM dapat melatih pelajar  menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner) dengan cara :


a)Pembelajaran melibatkan  fenomena yang berkait rapat dengan kehidupan seharian
b)Penyelesaian persoalan yang berpusatkan kepada pelajar,membantu dalam penjanaan idea  yang kreatif
c)Pembelajaran secara kendiri yang memerlukan usaha pelajar dalam pencarian maklumat
d)Pembelajaran berlaku secara berterusan kerana di mana sahaja berlakunya proses penerimaan maklumat seperti mencari maklumat di rumah menggunakan internet , menonton dokumentari,  dan meminjam buku dan jurnal di perpustakaan .

Tuesday, 4 October 2011

kuliah 4a (aktiviti 2- nilai murni)

Topik: Chemicals in Industry (Kimia dalam Industri)

Nilai murni: Menghargai Alam Sekitar
Aktiviti perindustrian banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Antara sumber yang membawa kepada pencemaran alam termasuklah pembakaran bahan api fosil, industri kimia yang menghasilkan sisa toksik, industri pertanian dan sebagainya. Demi menerapkan nilai murni menghargai alam sekitar kepada para pelajar, guru boleh menunjukkan kejadian-kejadian yang berlaku pada masa kini kepada para pelajar untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.   

Tuesday, 27 September 2011

AKTIVITI 2



1. Sila analisis kurikulum SAINS KBSM.  Adakah ianya menepati kriteria yang telah dibincangkan setakat ini?

Kurikulum sains KBSM adalah menepati kriteria-kriteria yang telah dibincangkan. Antara kriteria-kriteria yang dipenuhi adalah seperti mempunyai sukatan pelajaran yang sesuai dan sempurna serta mengikut tahap keupayaan pelajar. Selain itu, ia mempunya pelan akademik iaitu mengandungi elemen seperti tujuan, isi kandungan topik-topik dan urutannya,  proses instruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan kaedah penaksiran. Ia juga menepati standard kebangsaan seperti yang termetrai dalam NSES (National Science Education Standard) dan juga melibatkan penggunaan buku teks sebagai bahan rujukan utama di sekolah.

2. Apa itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)? 

Ia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup.

3. Bagaimana dengan KSSM ? Maklumat ?

Ia merupakan satu dasar yang baru diusulkan oleh kementerian pelajaran Malaysia tetapi belum dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Walaubagaimanapun, menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai 2014, kohort (sekutu atau kumpulan) pertama untuk murid Tingkatan Satu yang menggunakan kurikulum baru mata pelajaran KSSM hanya akan mula menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2018.

AKTIVITI 3

Huraikan secara ringkas maksud setiap jenis pengetahuan berikut:
  • Ø  Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/propositional knowledge)

Pengetahuan yang boleh dideklarasikan. Pengetahuan ini biasanya dalam bentuk kata iaitu menghuraikan apa yang diketahui berkenaan masalah tersebut. Ia termasuk pernyataan ringkas yang dimasukkan sama ada benar atau palsu. Senarai pernyataannya lebih kepada penghuraian objek atau konsep. 

  • Ø  Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge)

Pengetahuan ini berkenaan dengan huraian bagaimana masalah diselesaikan. Ianya juga menyediakan panduan bagaimana melaksanakan sesuatu.

  • Ø  Pengetahuan struktur (Structural knowledge)

Pengetahuan ini berkaitan dengan huraian struktur pengetahuan. Ia menghuraikan tentang model mental pakar secara keseluruhan. Model mental ini adalah berkenaan dengan konsep, subkonsep dan objek.

  • Ø  Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge)

Pengetahuan yang dapat ditemukan secara fizikal, mudah dikomunikasikan dan mudah dipelajari orang lain. Dalam erti kata lain, pengetahuan eksplisit adalah pengetahuan yang telah disimpan dalam wujud nyata berupa media. Bentuk paling umum dari pengetahuan eksplisit adalah petunjuk penggunaan, prosedur dan video.

  • Ø  Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang yang lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit

Pengetahuan tacit atau pengetahuan yang tidak dizahirkan adalah pengetahuan yang tidak dapat disentuh secara fizikal, sulit diterjemahkan dalam bentuk bahasa dan sulit untuk dipelajari oleh orang lain. Menurut Pendit (2010), pengetahuan tacit merupakan pengetahuan yang bersifat tak terlihat.


AKTIVITI 4

Nyata dan huraikan contoh PCK yang dapat digunakan untuk mengajar topik  kumpulan masing-masing.

PCK (pedagogical content knowledge) bermaksud pengetahuan pedagogi isi kandungan. Sama adapengetahuan isi kandungan atau pedagogi am, ia merupakan gabungan di antara kedua-duanya. Ia juga merupakan pengetahuan yang unik kepada seorang pendidik. Pengetahuan ini merupakan sesuatu yang sangat penting kerana ia berkait rapat dengan bagaimana guru menyampaikan isi kandungan agar mudah difahami dan dapat
menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. Terdapat beberapa contoh PCK yang sesuai untuk digunakan bagi topik “Chemicals in Industry”,

1) Membawa dan menunjukkan contoh aloi kepada pelajar

v     Perkara ini adalah penting untuk pelajar mula tertarik dengan topik ini. Dalam sains sendiri kita diajar bahawa setiap perkara perlukan tenaga tertentu untuk mula bertindak. Begitu juga pelajar, apabila mereka mula mengenali rupa aloi, mereka akan mula berfikir dengan lebih jauh dan mula bertanya seperti apakah kegunaanya, bagaimana ia menjadi sesuatu yang penting dalam industri dan sebagainya. Ramai guru yang mengambil gambar melalui internet dan menunjukkan kepada pelajar, namun pada pendapat kami, jika sesuatu dilihat secara langsung dihadapan individu pelajar itu sendiri, pembelajaran akan menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Kemudian guru boleh bertanya beberapa soalan pencetus seperti “ apa yang terjadi kepada sebuah kereta tanpa tayar”?, kemudia guru bertanya lagi “tahukah murid-murid bahawa aloi merupakan faktor penting kepada kekukuhan dalaman tayar tersebut”.


2) Mengajar menggunakan teknologi dan pengetahuan terkini

v     Pengajaran menggunakan “power point” merupakan salah satu teknik yang terkenal dalam kalangan guru. Tapi perlu diingatkan bahawa kebiasaan akan mendorong kebosanan pelajar. Apabila pelajar bosan, sesuatu yang berbentuk fakta akan sukar mendapat perhatian. Oleh itu sekiranya guru ingin membuat persembahan dalam bentuk “power point”, ia mestilah menjadi sesuatu yang menarik dan lain daripada yang lain. Oleh itu guru perlu membuka minda seluasnya dan cuba menjadi kreatif untuk kepentingan pelajar. Sebagai contoh, guru boleh membuat atau mengambil contoh animasi tentang bagaimana aloi boleh mengubah komposisi atom dalam sesebuah logam. Apabila ia dipamerkan, ia akan memberi pandangan visual yang jauh lebih baik kepada pelajar. Penggunaan IWB (Intelligent White Board) merupakan satu teknik genius yang dapat membuka mata pelajar kerana ia boleh melibatkan mereka dalam kelas. Mereka boleh melakukan beberapa aktiviti yang menarik pada skrin dan rakan-rakan yang melihat akan turut berkongsi pemahaman. Walaubagaimanapun, ia.belum diperkenalkan secara meluas di setiap sekolah kerana bajet yang tinggi diperlukan untuk sistem ini. Mengaplikasikan isi komputer adalah sangat berkesan dalam setiap subtopik.

3) Analisis dan Praktikal

v     Apabila guru menghabiskan silibus dalam topik ini, beberapa aktiviti perlu dirancang untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan kuiz ringkas mengikut tahap yang tertentu. Soalan yang dibina adalah lebih baik jika dikaitkan dengan kehidupan seharian pelajar kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk untuk berfikir dan menguji keupayaan mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid untuk melakukan amali contohnya tentang bagaimana bahan buangan daripada industri boleh mencemarkan alam sekitar.

AKTIVITI 5

Jana contoh-contoh fakta, konsep, PROSEDUR, klasifikasi, generalisasi dan teori yang terdapat dalam topik kumpulan masing-masing

FAKTA:
1.         Aloi merupakan campuran lebih daripada satu bahan logam iaitu atom logam utama dan atom logam asing.
2.         Contoh-contoh aloi adalah seperti pewter dan duralium.
3.         Logam tulen bersifat cepat karat, lembut dan lemah
4.         Logam tulen terdiri daripada atom-atom yang sama saiz. Lapisan atom disususn secara rapat dan sekata menyebabkan lapisan atom menggelongsor antara satu sama lain dengan mudah menjadikan logam tulen bersifat lembut dan lemah.
5.         Ammonia merupakan bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan baja dan asid nitric serta bahan pembersih rumah

KONSEP:
1.       Sifat-sifat logam tulen  boleh diperbaiki dengan mencampurkan bahan logam lain membentuk aloi.
2.       Aloi lebih keras kerana campuran atom logam utama dan atom logam asing berbeza dari segi saiz. Kehadiran atom asing mengganggu susunan sekata atom logam menyebabkan lapisan-lapisan atom lebih susah menggelongsor antara satu sama lain.

PROSEDUR:
Penghasilan ammonia dalam industry menggunakan Proses Haber

KLASIFIKASI:

ALOI
KOMPOSISI
SIFAT ISTIMEWA
PENGGUNAAN
Keluli berkarbon
99% besi
1% karbon
Murah, keras, bentuknya tidak mudah diubah
Membuat jambatan, kenderaan dan mesin
Keluli nirkarat
74% besi
18% kromium
8% nikel
Tahan karat, keras
Membuat alatan dapur dan bahan hiasan
Loyang
70% kuprum
30% zink
Keras, tidak berkarat, berkilat
Membuat barang hiasan, loceng
Gangsa
90% kuprum
10% timah
Keras, tidak berkarat
Membuat pingat
Pewter
91% timah
7% antimony
2% kuprum
Mudah ditempa, mulur dan berkilat selepas digosok
Membuat barangan hiasan dan cenderamata
Duralium
95% aluminium
4% kuprum
1% magnesium
Ringan, keras, tidak mudah terhakis
Membuat rangka kapal terbang, basikal lumba



AKTIVITI 6

Membuat analisis dan menyenarai kemahiran-kemahiran utama yang pelajar perlu kuasai dalam topik kumpulan masing-masing.

Topik :Chemical In Industry ( Tingkatan 4 )

1.1       Memahami ciri-ciri aloi dan kegunaannya dalam industri


  •  Kemahiran  :  menganalisis
  • Contoh       :   para pelajar diminta untuk menghubungkan  ciri-ciri yang terdapat dalam aloi dalam kehidupan harian dan menyatakan kepentingan penggunaan aloi  dalam industry di dalam pembinaan peta minda.


1.2       Menganalisis penghasilan dan penggunaan ammonia dalam industry

  • Kemahiran : kemahiran proses sains  ( pemerhatian ,penyoalan,menerbitkan hipotesis,membuat ramalan, perancangan dan penyiasatan,mentafsir dan komunikasi.)
  • Contoh     :Kemahiran-kemahiran tersebut akan dikuasai di dalam kelas amali yang memperuntukkan pelajar menyediakan baja ammonia.Kemahiran ini dapat diaplikasikan apabila pelajar menjalankan eksperimen tersebut.


1.3       Menganalisis kesan sisa pembuangan industri terhadap alam sekitar

  • Kemahiran : komunikasi  
  • Contoh      :Pelajar harus membentangkan mengenai kesan-kesan buruk pengurusan sisa pembuangan industri terhadap benda hidup. Mereka juga harus memberi penerangan mengenai cara-cara pengelupusan sisa industri di Malaysia.


1.4       Kesedaran tentang perlunya pemeliharaan dan pemuliharaan daripada pencemaran sisa industri untuk kesejahteraan manusia

  • kemahiran : manipulatif 
  • Contoh     : pelajar dapat berdebat mengenai subtopik ini dan dapat menyatakan impak negatif daripada sisa pembuangan industri ini terhadap generasi masa hadapan.





AKTIVITI 7


Huraikan Secara Ringkas Maksud Semua Teras Pengetahuan Guru Kecuali PCK (Pedagogical Content Knowledge).





1.       Pengetahuan Isi Kandungan
Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik. Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran. Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan pengesahan.

2.       Pengetahuan Kurikulum
Pengetahuan ini Digambarkan sebagai “alat” oleh Shulman, iaitu, bahan serta program pengajian yang tersedia bagi setiap mata pelajaran. Pengetahuan jenis ini ialah pengetahuan mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran. bBahan kurikulum tidak terhad kepada apa yang ada dipasaran atau ditentukan oleh kerajaan malah bahan itu mungkin dibuat sendiri, dirangkan mengikut konteks atau pelajar yang tertentu.

3.       Pengetahuan Tentang Pelajar Dan Ciri Mereka
Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar dalam julat umur tententu, sifat sosial mereka, tingkah laku mereka dalam bilik darjah dan di sekolah, budaya hidup serta minat dan kecenderungan mereka. Daripada pengetahuan ini, muncul kemahiran dan proses mengadaptasikan aktiviti serta gambaran tentang pelajar atau tentang proses membezakan kebolehan yang berlainan.

4.       Pengetahuan Konteks Pendidikan
Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana pembelajaran berlangsung sekolah, bilik darjah dan konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat. Konteks boleh berubah sepenuhnya. Konteks mempunyai kesan yang besar ke atas prestasi mengajar dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan guru dan prestasi bilik darjah. Meliputi tahap sosioekonomi kawasan, jenis dan saiz sekolah, saiz kelas, kualiti sokongan rakan sejawat dan kualiti hubungan guru di sekolah.

5.       Pengetahuan Matlamat, Tujuan, Nilai dan Falsafah Pendidikan Serta Asas Sejarah
Mengajar adalah aktiviti yang mempunyai tujuan: guru mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang bagi pelajaran atau sesi pengajaran. Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke arah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.

6.       Pengetahuan Pedagogi Am
Merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar. Kebanyakan pengetahuan mengajar yang diperolehi daripada pengalaman persekolahan guru itu sendiri akan membentuk pandangan dan pemahaman guru tentang mengajar dan dengan itu juga membentuk perkembangan mereka sendiri. Dalam kes ketiadaan model dan pemahaman tentang P&P yang jelas, guru banyak bergantung kepada apa yang mereka ketahui.