Sunday 16 October 2011

Aktiviti 1 (PBM)


Ciri-ciri PBM yang Menjadikannya Sebagai Satu Pendekatan Inkuiri


PBM mengandungi ciri-ciri seperti :

a)Proses membentuk persoalan
b)Mencari,menyusun dan menilai maklumat
c)Menyiasat sesuatu persoalan dengan menjana hipotesis
d)Mereka bentuk eksperimen dalam  mencari dan mengumpul bahan
e)Mengumpul, menganalisis dan mensintesis data
f)Menghurai dapatan dan kesimpulan



Berdasarkan Pengalaman,PBM dapat melatih pelajar  menjadi pelajar sepanjang hayat (life’s long learner) dengan cara :


a)Pembelajaran melibatkan  fenomena yang berkait rapat dengan kehidupan seharian
b)Penyelesaian persoalan yang berpusatkan kepada pelajar,membantu dalam penjanaan idea  yang kreatif
c)Pembelajaran secara kendiri yang memerlukan usaha pelajar dalam pencarian maklumat
d)Pembelajaran berlaku secara berterusan kerana di mana sahaja berlakunya proses penerimaan maklumat seperti mencari maklumat di rumah menggunakan internet , menonton dokumentari,  dan meminjam buku dan jurnal di perpustakaan .

Tuesday 4 October 2011

kuliah 4a (aktiviti 2- nilai murni)

Topik: Chemicals in Industry (Kimia dalam Industri)

Nilai murni: Menghargai Alam Sekitar
Aktiviti perindustrian banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Antara sumber yang membawa kepada pencemaran alam termasuklah pembakaran bahan api fosil, industri kimia yang menghasilkan sisa toksik, industri pertanian dan sebagainya. Demi menerapkan nilai murni menghargai alam sekitar kepada para pelajar, guru boleh menunjukkan kejadian-kejadian yang berlaku pada masa kini kepada para pelajar untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga alam sekitar.