Tuesday 20 September 2011

KRONOLOGI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SAINS

1939 -Zaman penjajahan, ada banyak perubahan. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk     
         menggubal tujuan pendidikan Sains. Hanya sebuah sekolah menengah sahaja yang   
          menawarkan Kursus 4 tahun Sains Am. Mempunyai bilik dan kemudahan dan guru sains    
         yang berkelayakan.



1942-Perang dunia ke-2 berlaku, perlaksanaan kurikulum sains terhenti seketika.



1943 -Selepas perang, kursus Sains Am telah dijadikan kurikulum di semua sekolah menengah
          dibawah Sukatan Pelajaran Britain.



1957-Selepas merdeka, wujudnya kesedaran mengenai pendidikan Sains, maka dasar ini telah   
         diperkemaskan. RMK-2, kerajaan memberi penekanan terhadap Pendidikan Sains dan  
         Teknologi.


(1950-1960= Kurikulum Tradisi Sains Sekolah Menengah)-Terlalu mementingkan fakta
         Murid- murid lepasan kursus tradisi tidak mempunyai kefahaman dalam bidang Sains tetapi  
         mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Kelemahan besar adalah tidak menggambarkan  
         ilmu Sains seperti amalan ahli-ahli sains dari sudut kandungan mahupun kaedah.
         Matlamat P&P tidak dinyatakan dengan jelas.




1960-Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk tingkatkan kualiti pendidikan sains.
         Antara langkah yang diambil adalah melalui Projek khas Sains Sekolah Rendah,   
         Kurikulum Sains Tulen Moden, KBSR dan KBSM.


(1969- Kurikulum Sains Moden)-Kementerian Pendidikan memperbaiki sistem pengajaran  
            subjek Sains di sekolah menengah. Diadaptasi mengikut kurikulum Barat untuk mempercepatkan
            proses pembinaan sistem tersebut.


1971-Projek Khas Sains Rendah dikemukakan untuk mengatasi kelemahan dalam subjek Sains
         melalui proses P&P yang berkesan. Antara objektif perlaksanaan projek tersebut adalah:
v  Isi pelajaran yang sesuai disampaikan
v  Cara penyampaian yang berkesan.


1972-Biologi, Fizik dan Kimia diperkenalkan kepada sepuluh buah sekolah



1974-Rampaian Sains Moden diperkenalkan.


1988-Subhan mengemukakan pendapat mengapa perubahan dibuat terhadap kurikulum Sains
         antaranya adalah:
v  Untuk mengikuti perkembangan semasa dan mudah disesuaikan dengan keadaan tempatan.
v  Mempunyai penasihat dari Britain sebagai pakar rujuk yang bersedia memberi sokongan dari sudut latihan dan persediaan.
v  Kementerian Pendidikan berpendapat adalah lebih baik mengubahsuai sesuatu yang telah wujud daripada membina yang baru.


1979-Penubuhan  Jawatankuasa Kabinet. Ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar
         Kerajaan. Cadangan  yang menjadi asas pembaharuan dalam kurikulum peringkat sekolah  
         iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah    
         Menengah (KBSM)



1983-Pelaksanaan KBSR di seluruh Negara. KBSR  memberi penekanan kepada 3M (membaca ,
         menulis,dan mengira) dan perkembangan individu secara menyeluruh. Penggabungan  mata
         pelajaran Sains, Sejarah,Geografi, Kesihatan dan Sivik menjadi satu matapelajaran iaitu
         alam dan manusia


1988-Pelaksanaan matapelajaran Alam dan Manusia sepenuhnya



1989-Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM ) diperkenalkan


1994/95-Matapelajaran Sains diperkenalkan bagi menggantikan matapelajaran Alam dan
               Manusia. Pelaksanaan tersebut disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya,
v  Kurangnya persediaan dan latihan daripada guru untuk mengajar.
v  Sekolah tidak mempunyai kemudahan dan masa yang cukup untuk mengajar
v  Tahap matapelajaran yang tinggi dan hanya sesuai untuk pelajar yang cerdas dan pintar

11 comments:

  1. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
    Setelah meneliti kronologi pendidikan sains di Malaysia, tidak dapat dinafikan lagi bahawa pendidikan sains itu sendiri merupakan salah satu dari cabang ilmu yang penting dalam memangkin pembangunan negara. Buktinya ialah dengan pelbagai perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memantapkan lagi pendidikan sains itu sendiri. Jika kita perhatikan sebelum kemerdekaan, pendidikan sains hanya diajar disekolah menengah sahaja iaitu melalui kursus empat tahun Sains Am. Namun, selepas kemerdekaan kita dapat melihat perubahan dari segi kurikulum untuk meningkatkan kualiti pendidikan itu sendiri melalui Projek Khas Sains Sekolah Rendah, Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah & Kurikulum Sains Tulen Moden, KBSR yang kini diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul serta KBSM. Kini, matapelajaran sains merupakan subjek wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar. Tetapi, tidak semua pelajar mampu menguasai dan mempunyai minat yang mendalam terhadap matapelajaran ini. Cadangan saya untuk meningkatkan keberkesanan pendidikan sains di sekolah ialah dengan penyediaan alat bantu mengajar yang lengkap disekolah seperti interactive whiteboard serta lcd screen kerana ia memudahkan guru untuk memberi penjelasan dengan lebih mendalam serta mampu menarik minat pelajar dengan penggunaan teknologi serta bahan interaktif. Selain itu, mungkin juga subjek sains di sekolah tidak perlu bergantung seratus peratus kepada peperiksaan sahaja kerana ia menggalakkan pelajar belajar dengan cara menghafal dan kurang menggunakan creative thinking.
    sekian

    ReplyDelete
  2. Perkembangan pendidikan sains telah berlaku dari semasa ke semasa dan bermula pada zaman sebelum merdeka lagi. Pada zaman sebelum merdeka, hanya terdapat sebuah sekolah sahaja yang menyediakan kursus 4 tahun sains am. Semasa perang dunia kedua berlaku, kurikulum sains dihentikan seketika dan dijadikan kurikulum di seluruh sekolah menengah setelah tamat perang. Kurikulum tradisi mempunyai banyak perbezaan dengan kurikulum sains moden. Kurikulum tradisi terlalu mementingkan fakta dan para pelajar mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Aktiviti makmal pula hanya menekankan kemahiran manipulatif dimana kemahiran saintifik tidak dititikberatkan. Kurikulum tradisi kurang memberi penekanan dalam sesuatu proses dalam pembelajaran sains. Selain itu, kurikulumnya juga menyenaraikan isi kandungan yang perlu diajar dan diikuti dengan satu penerangan umum tentang kerja amali. Jadi, saya berpendapat pelajar pada waktu itu tidak dapat memahami dengan lebih jelas akan fakta yang diberikan memandangkan mereka tidak dapat melihat dan melakukan proses yang terlibat dalam aktiviti amali yang dilakukan di dalam makmal. Kurikulum sains moden pula sangat berbeza dengan kurikulum tradisi. Hal ini demikian kerana, kurikulum sains moden menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan penemuan berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti. Kurikulum ini memperluaskan kefahaman konsep dan penggunaan kepada situasi kehidupan sebenar. Aktiviti amali amat ditekankan dalam kurikulum sains moden ini. Oleh itu, para pelajar dapat melihat sendiri hasil yang diperoleh melalui eksperimen yamg dijalankan dan ini juga dapat membantu dalam pembelajaran kerana pelajar akan mudah mengingati apabila melihat sendiri hasilnya.

    ReplyDelete
  3. berdasakan kronologi yang dibentangkan jelas la sistem pendidikan dan kurikulum di Malaysia semakin meningkat mengikut peredaran zaman selaras dengna kemajuan negara.Isi dibentang mngikut tarikh.mudah difahami.mudah diingati.cuma kurang tarikan.

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan kronologi sejarah pendidikan sains seperti dalam penyataan di atas, menunjukkan bahawa sistem pendidikan di malaysia sentiasa mengalami perubahan dan penambahbaikan mengikut kesesuaian mase, tempat dan waktu pada masa itu dan berubah sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi pada masa kini.

    ReplyDelete
  5. cara penyampaian isi yang efisien. kontennya tidak terlalu 'heavy' memudahkan pemahaman dan pembacaan. tahniah untuk super-8-cikgu!!

    ReplyDelete
  6. hoho.. kumpulan ni mcm kumpulan romantik je..tu background ala2 inggeris pnye stail plus warna hitam..tapi..menarik.isi kandungan berkaitan perubahan yang dialami dalam subjek sains jelas...tetapi kalau boleh lain kali kronologi itu boleh dibuat dalam bentuk mind map ye..good job

    ReplyDelete
  7. Melalui sejarah perkembangan pendidikan sains di Malaysia ini,kita dapat melihat perubahan-perubahan positif yang berlaku dari masa ke semasa menurut perkembangan negara Malaysia. Selain itu, beberapa kurikulum digubal agar dapat memberi kesesuaian dan keberkesanan dalam pencapaian akademik pelajar.Sungguhpun begitu, masalah yang dinyatakan seperti kekurangan guru dan guru mengajar opsyen lain di sekolah masih lagi dialami sehingga ke hari ini sedangkan kita sering mendengar di dada-dada akhbar bahawa terdapatnya lambakan guru yang belum mendapat penempatan di sekolah-sekolah. Sekiranya masalah ini dapat diatasi dgn segera, maka, saya yakin ia akan membawa manfaat yang sangat besar dalam memantapkan pendidikan sains ini khususnya bagi subjek sains seperti fizik yang memerlukan kepakaran guru .

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    penyamapaian maklumat ringkas dan padat tetapi jika disampaikan melalui peta minda mungkin akan lebih menarik dan jelas...setelah melihat perkembangan pendidikan sains di negara kita, menunjukkan bahawa kerajaan berusaha keras untuk menambah baik P&P bagi subjek sains agar setanding dengan negara-negara luar yang lebih ke hadapan mengikut peredaran masa...harap kumpulan super-8-cikgu sudi berkongsi pendapat atau cadangan untuk penambahbaikan P&P pendidikan sains di negara kita??...renung2kan..sekian

    ReplyDelete
  9. walaupun begitu, terdapat kepincangan dalam perkembanagan pendidikan sains di Malaysia yang mana kebanyakkan para pelajar hanya menguasai fakta dan teori semata-mata dan kekok apabila nahu mengaplikasikan sains dalam kahidupan dan di tambah pula sistem pedidikan di Malaysia sepenuhnya berorientasikan peperiksaan semata-mata dalam menilai tahap seseorang pelajar itu. Justeru itu....pada hari ini sistem pendidikan perlu di kaji semula agar keberkesannya dalam melahrikan pelajar yang bukan hanya berteraskan buku tetapi mampu menjana idea yang baru serta kreatif dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan sains yang tiada penyelesaiannye tercatat di dalam mana-mana buku teks mahupun rurjukan sains.

    ReplyDelete
  10. Pendidikan sains mestilah perlu melalu transfomasi kepada penambahbaikan supaya peraktikal dan teori seimbang.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.
    Perisian yang ringkas dan mantap. Senang difahami dan saya suka. Tapi mungkin penggunaan background sedikit menyukarkan saya untuk membaca isi kandungan tersebut. Apapun, tahniah.

    ReplyDelete