Tuesday 13 September 2011

Jomlah Belajar!!!! (Sesuai Utk Guru dan Bakal Guru)

Tafsiran Beberapa Terma Pendidikan.

1)      Pembelajaran- Satu  proses pemindahan ilmu maklumat dari satu pihak kepada satu pihak yang lain samada secara formal atau tidak.

2)      Pendidikan- Proses yang melengkapkan manusia dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS)

3)      Pengajaran- Sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya

4)      Teknologi-  Pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk memudahkan proses kehidupan manusia dan berubah mengikut peredaran zaman.

5)      Penaksiran- Proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan 

p/s: Kalau anda perasan, definisi yang termaktub diatas adalah berdasarkan perkataan2 dalam subjek yang kami ambil ni, iaitu Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1. Semua definisi tersebut diringkaskan oleh kami melalui beribu2 definisi yang ditemui melalui internet. Semoga kita semua memperoleh ilmu yang berkat+bermanfaat melalui subjek ini dan InsyaAllah juga ia merupakan perkongsian ilmu yang berguna utk anda.. Terima kaseh cikgu!!! (sila baca dengan nada Upin dan Ipin secara menusuk dalam kalbu anda).

No comments:

Post a Comment